Wednesday, May 26, 2010
Baru2 nie, sabtu,22/5/10, kitorang ngan geng2 skpkk pergi berkelah di sg lembing.. itulah 1stly jue dan akif(anak aku) pergi ke sg lembing.. xsangka plak adik akif suka mandi sungai sampai xnak duk atas batu ngan mak dia.. terliur gak yerk xkan cuma tgok abah dier jer sorang berendam dlm air.. hehehehe....
Demam World Cup dah bermula!
Piala dunia FIFA sudah hampir. Nampak bulan hadapan iaitu bulan 6 , demam bola akan datang kembali. Negara manakah yang bakal menjulang piala dunia 2010 untuk edisi kali ini? Mampukah Itali mempertahankan kejuaraannya pada tahun 2006?
Bola itu bulat.
Banyak perkara , elemen yang perlu dititikberatkan, percaturan dalam meletakkan pemain, strategi formasi 4-3-3, 5-3-2, 4-4-2 dan sebagainya dalam perlawanan bola sepak. Faktor, jurulatih, attitude, penyokong semangat berpasukan dan juga yang terakhir ialah nasib ( bola itu bulat katanya!) menjadi faktor kejayaan sesebuah pasukan. Piala Dunia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan berbanding liga-liga Eropah, Sepanyol, Italy, German apatah lagi liga-liga Malaysia. Itu memang tidak dapat dinafikan sebab 4 tahun sekali dan sebab ia mewakili negara dan maruah yang harus dipertahankan.
Binatang yang dinamakan Zakumi.
Zakumi bermaksud persatuan Afrika Selatan. “Za” menunjuk kepada Afrika Selatan. Sedangkan “kumi” bererti sepuluh, merujuk kepada 10 bahasa yang digunakan di negara tersebut. Binatang ini macam leopard, harimau bintang.
Menurut Sekretaris Jenderal FIFA, Jerome Valcke, maskot tersebut berada secara eksklusif di Afsel. Dia akan menjadi sejarah, kerana Afsel merupakan negara Afrika pertama yang menjadi tuan rumah Piala Dunia.
“Zakumi mengeksprestasikan rakyat, geografi, dan semangat Afrika Selatan. Dia memperkenalkan Piala Dunia 2010. Kami yakin, semua orang akan puas dan bersenang-senang dengannya menjelang, selama Piala Konfederasi, juga selama Piala Dunia 2010,” kata Valcke.
Maskot itu berasal dari idea oleh seniman Afsel, Andries Odendaal dari Kota Cape Town. Rambut hijau di maskot itu merepresentasikan rumput lapangan sepakbola.
Bagi FIFA, Zakumi akan membantu membawa Piala Dunia 2010 di Afsel lebih besar, menyenangkan, dan tidak dilupakan. Dia juga akan menunjukkan kepada ribuan orang yang akan datang ke sana tentang kehangatan Benua Afrika.
Siapa Bakal Juara ?
Sama-samalah kita nantikan.....
Sunday, May 9, 2010
Assalamu'alaikum buat semua para blogger n pelawat blog ini khasnya.. dikesempatan ini aku ingin m'ucapkan slamat hari ibu kpd semua para ibu diluar sana dan kpd ibuku serta isteriku khasnya. semoga kalian menjadi ibu mithali dan isteri solehah, insya-Allah.
IBU
Semua wanita boleh menjadi ibu. Namun apa yang membuatkan seseorang ibu itu layak digelar ibu mithali? Bait yang paling saya suka dalam lagu ini ialah "Kau disayangi kerana menyayangi". Mengapa? Kerana kadang-kadang kita sendiri didedahkan dengan berita anak yang derhaka kepada kedua ibu bapanya. Namun jika diselidik betul-betul, rupa-rupanya anak itu sebenarnya tidak mendapat didikan yang sempurna dari ibu bapanya.
Pernah mendengar satu kisah yang berlaku di zaman pemerintahan Saidina Umar al-Khattab?Pada suatu hari, Saidina Umar telah dilawati oleh seorang bapa bersama anak lelakinya. Bapa tersebut telah meminta Saidina Umar untuk menegur kelakuan derhaka anaknya.
Namun sebelum Saidina Umar sempat berbicara, budak itu telah berkata: "Wahai Amirul Mukminin, sebelum tuan berkata sesuatu, boleh tuan ceritakan apakah kewajipan seorang bapa kepada anaknya? Ini kerana bapa saya sendiri telah memberikan saya nama yang tidak elok dan tidak mengajarkan saya Kitabullah. Bukan itu saja, malahan bapa saya juga telah menikahi seorang perempuan (iaitu ibu budak tersebut) yang tidak diketahui asal-usulnya."
Mendengar kata-kata budak tersebut, Saidina Umar pun berkata kepada si bapa "Wahai si fulan si fulan, sesungguhnya kamu telah derhaka kepada anak kamu sebelum anak kamu menderhaka kepada kamu."
Lirik lagu Ibu Mithali - Nada MurniIbu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari
Ibu oh ibu fitrahku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi
Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga
Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami
Selamat Hari Ibu aku ucapkan kpd ibuku Hajjah Hasnah bt Madun dan isteriku Junizam bt Mohd Razali.. semoga hidup kalian dirahmati oleh Allah swt.. insyaAllah.
Wednesday, April 28, 2010
:: Khasiat Anggur Dan Pisang ::
Kajian seorang pelajar tahun akhir di Universiti Malaya (UM) berkenaan tesisnyer, didapati lelaki akan gemuk selepas berkahwin kerana mendapat 2 buah betik, satu apam dan 2 ketol peha setiap malam..
Tetapi, perempuan akan lebih gemuk dgn hanye mendapat 2 biji anggur dan sebiji pisang, walaupon tidak pade setiap malam..
p/s : jangan mare arr...
Monday, April 26, 2010
Hidup ini adalah ibarat roda, adakala kita diatas dan adakala juga kita akan berada dibawah.. Hidup ini perlukan kejayaan...Kejayaan perlukan pengorbanan. Yang penting ia lahir dari kemahuan dan kesedaran yang ada dalam diri kita.
Sebenarnya dalam hidup ini tidak ada yang mudah....tidak ada rahsia yang khusus untuk mencapai sebuah kejayaan.Yang penting kita ada perancangan dan angan-angan... tetapi angan-angan itu mestilah seiring dgn usaha dan tawakal..
aku sendiri pun sedang terkapai2 mencari sebuah kejayaan dalam hidup ini.. sedang hidup ini terumbang ambing dilambung badai cabaran kehidupan, tika itu aku juga memiliki angan2 dan impian hidup yang hanya aku sendiri yang mengetahuinya selain yang maha Esa..
Pengalaman mengajar kita erti kehidupan.. semasa kecil, biarkan mereka bermain sepuas-puasnya kerana dgn bermain itu, mereka akan belajar erti kehidupan dan keseronokan.. ini akan menjadikan mereka pengalaman semasa mereka dewasa kelak..
-- mat akif sedang bermain kereta permainan di capcom kuantan parade.. seronok dia nampaknya..
Sunday, April 4, 2010
Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap
sampaikanlah artikel ini kepada para wanita:
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil..
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya..
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba..
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak..
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.
Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa
Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang
tumpul.
Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc..
Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.
Hadis nabi mengenai wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. InsyaALLAH.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".. Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya". Ibnu Majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik" Ibnu Majah.
Saturday, April 3, 2010
salam,
maaf kawan2 semua.. smenjak bertukar ke kuantan nie aku dah lama tak online.. maklumla, busy sket sbb kat sini aku bekerja 3 shif.. kadang2 pagi, ptg n malam.. tak tentu masa.. tu sbb aku tak online... blog aku pun dah lama tak update... insya Allah, pas nie aku akan update smula..