Tuesday, December 8, 2009
kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pengalaman dan pengetahuan..maka aku sahutlah cabaran itu dan terdamparlah aku disini.. sesampainya aku ke kuala medang, aku ternampak pintu gerbang ini menandakan org kampung ini bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain..
aku sesajer nk jalan2 ke betau sambil membawa adik ipar aku sementara aku xpindah lagi ke kuantan. aku gerak dlm pukul 5 ptg dr kuala medang. dlm cuaca yg panas terik, aku singgah jap di sk betau dan shoot gambar nie.. pintu masuk ke sekolah tu..
aku igtkan sampai ke betau jer aku nak jalan2..tapi rasa nak ke jambatan panjang menghala ke Cameron la plak..kat situ view dier cantik sket sambil menghirup udara yg segar dan sejuk.. ok gak petang2 gini.. shoot nie sajer jer ambik masa dalam perjalanan.. signboard nie tulis hala ke Bukit Pentubong.. ntah maner aku pun xtau la.. xpenah pegi lagi..
dalam perjalanan ke Cameron, tdpt tanah runtuh di satu selekoh. tanah runtuh nie dah lamer dah tapi xbela2 lagi.. maybe kos besar kot nak repair jalan nie.. nasib baik diorang buat lencongan..
lebih kurang kul 6.40 ptg aku sampai di jambatan nie.. hari pun dah nak gelap.. sejuk giler kat atas nie.. aku nak ambik gambar ke bawah pun xberani, gayat.. lgpun takut jatuh jer hp aku nie.. sajer jer aku catatkan gambar2 nie utk kenangan aku berkongsi dgn korang.. aku xkan lupakan kenangan aku dgn korang semua di kuala medang..
Monday, December 7, 2009
pada 6hb disember baru-baru nie jiran sblah umah aku baru jer buat majlis sambut menantu anaknya edi ngan wani dari mache, kelate. selamat pengantin baru aku ucapkan kpd ngko edi. semoga bahagia sepanjang hayat. nmpaknya ngko dah ada tggungjawab besar nak kene pikul lepas nie.. dah ada bini, nt ada anak plak, insyaAllah.
aku tgok ko berdua nie sama cantik, & sama padan.. ok ler tu..
aper yg ko tgok tu endek..? ke malu sbb nampak aku ambik gambo ko? hehehe...
ini dier dj bogo sedang melayan peminat yang nak berkaraoke.
makanan pengantin yang dihias cantik..
geng basuh gelas yang sedang menunggu ketibaan gelas2 yg nak dibasuh.. steady bro..
ini adalah kuarters guru lama yang didirikan lebih kurang pada tahun 1990'an lagi.. rumah nie la aku port masa baru-baru posting di sk kuala medang. nak cari rumah sewa duit tak cukup lagipun 1st time sampai maner tau selok-belok kg nie.. thanks kpd cikgu lela yg pd masa tu dier ada kat skolah. dier la yg syorkan pd aku duk kat umah nie dulu wat sementara waktu.walaupun umah nie uzur sket tp bleh la duduk lagi utk org yg macam aku nie..lgpun masa tu bujang lagi.. xlama pas tu aku duk ngn abg di kat umah dier. dah ramai cikgu2 kat skolah nie yg penah duk kat umah nie sblm aku duk situ.yg duk slps aku ialah kak nani, kak ha & cikgu syiera (praktikum). yg lain2 tu aku tak der lagi kat sini... tak lamer lagi umah nie akan dirobohkan utk didirikan bangunan baru. yg aku tau diorang nak wat dapur masak asrama kat tapak umah nie.. tapi masa tu aku dah balik kuantan.. hehehe... tapi umah nie tetap dalam kenangan aku...
Sunday, December 6, 2009
PESAN IMAM AL-GHAZALI
Imam Ghazali:Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar,
tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
Imam Ghazali: Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar,
tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar,
tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat
p/s : sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan akan diri kita sama ada sudah bersedia atau tidak untuk kehidupan selepas kematian.. wallahua'lam